Sekitar majlis sambutan Aidilfitri ISMA Alor Setar

Bandar Darulaman, 17 September – Kemeriahan Majlis Sambutan Aidilfitri (SAFI) ISMA Alor Setar dan PEMBINA Kedah bermula seawal jam 10.00 pagi lagi dengan kehadiran para tetamu. Majlis SAFI yang turut dikelolakan secara bersama oleh Tadika Tasneem Bestari juga menerima ramai ibu bapa kepada pelajar-pelajar tadika.

Selain dihidangkan dengan nasi tomato, ketupat palas, nasi himpit dan rendang, hadirin dihiburkan dengan celoteh pengacara majlis, saudara Nabil Fikri di samping irama nasyid Aidilfitri.

Tidak kurang juga persembahan nasyid daripada anak-anak kecil Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) dan anak-anak Naib Yang di-Pertua ISMA Alor Setar, Ustaz Kashfi bin Ali yang menghiburkan tetamu.

Majlis yang sepatutnya berakhir pada jam 2.00 petang dilewatkan kepada jam 3.00 petang disebabkan kehadiran tetamu yang ramai di saat-saat akhir.

ISMA Alor Setar dan Tadika Tasneem Bestari mengucapkan terima kasih buat mereka yang hadir dan memeriahkan majlis SAFI tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *