Sekitar Seminar Kepimpinan Pelajar di SM Sultan Abdul Halim

JITRA, 26 Januari – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah berjaya menganjurkan satu Seminar Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dengan dihadiri hampir 60 orang peserta.

Program ini ini dihadiri oleh kesemua pimpinan pelajar lelaki dan perempuan berupa pengawas sekolah, Badan Agama, Dakwah dan Rohani (BADAR), pustakawan dan pemimpin blok asrama kediaman.

Seminar yang disampaikan oleh saudara Muhammad Nabil Fikri bin Jamaludin berkisarkan tentang ciri-ciri kepimpinan berteraskan Islam dalam konteks di sekolah. Dalam seminar yang disampaikan, saudara Nabil banyak menekankan contoh-contoh situasi tertentu di mana pemimpin pelajar sering berhadapan sewaktu melaksanakan tenggungjawab di sekolah. Kaedah berurusan dengan rakan sejawat, rakan sekelas dan guru juga turut ditekankan.

KRIM Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya pengetua sekolah, guru kanan HEM dan guru kaunselor kerana memberi peluang menganjurkan seminar sebegini dan sangat mengharapkan KRIM dapat mengadakan lebih banyak lagi program di sekolah.

Sumber: Laman blog KRIM Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *