Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Semoga semua masyarakat Islam di Malaysia, khususnya para aktivis ISMA serta keluarga sentiasa mendapat keberkatan dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. Sebagaimana 1432H telah membawa kita semua ke 1433H, demikianlah juga dunia kita ini akan membawa kita ke akhirat.

Sama ada kita suka atau pun tidak, marilah sama-sama kita membina keazaman untuk memperbaiki segala kekurangan dan mempertingkat lagi amal soleh dan perjuangan kita untuk mengembalikan anak bangsa kita kepada ajaran agama mereka.

Inilah peluang yang paling baik yang telah disediakan oleh Allah s.w.t. kepada kita untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadanya. Rebutlah peluang ini, sementara ianya masih bersama kita.

Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kita semua, untuk memikul amanah yang sangat mencabar ini.
Allahlah sahaja penolong kita.

Oleh
Ustaz Abdul Fisol Mohd Isa
Ketua Biro Tarbiyah
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *