ALOR SETAR, 29 Feb – Bertemakan “Mencipta Bahagia, Mendamba Syurga”, Seminar Fiqh Wanita anjuran Biro Wanita ISMA Cawangan Alor Setar dihadiri lebih 60 orang peserta.
Seminar dirancang bagi memberi kefahaman dan kesedaran tentang persediaan yang perlu oleh keluarga muslim khususnya wanita selaku tulang belakang keluarga bagi membina keluarga yang mantap, bahagia dan diredhai sehingga ke akhir usia.
Seminar dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa, Naib Yang Dipertua ISMA Alor Setar.
Tokoh-tokoh hebat dan berpengalaman daripada pelbagai bidang dijemput memberi perkongsian antaranya Ustazah Wan Nor Adibah, pendidik Maktab Mahmud Merbok; Tuan Haji Mohd Khalil bin Hashim, Pakar Kewangan Islam dan Dr. Murizah bt Mohd Zain, Ketua Wanita ISMA Alor Setar yang juga Pakar Perubatan Reproduktif dan Perunding O&G di Hospital Sultanah Bahiyah.
0 Comments