Seminar I-Keluarga kongsi kisah didik keluarga rahmah

ALOR SETAR, 21 Oktober – ISMA Alor Setar dan ISMA Kubang Pasu bergandingan menganjurkan Seminar I-Keluarga di Dewan Masjid Rafeah Taman Uda di sini, baru-baru ini.

Dengan tema “Keluarga Bahagia Penenang Jiwa”, program ini membawakan Tuan Haji Selamat Talib dan Puan Hajah Rokiah Aziz, pasangan suami isteri qudwah yang telah berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka menjadi pendakwah dalam masyarakat.

Turut menjadi panelis ialah Puan Siti Aishah Hamid, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling di Institut Perguruan Guru Kampus Darulaman yang juga berpengalaman mendidik anak-anak cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *