Seminar Kesihatan & Pendidikan anak-anak

SEMINAR KESIHATAN DAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Tarikh : 22 November, 2008.

Tempat : Dewan Mahsuri, Taman Siswa, Jitra, Kedah.

Yuran Penyertaan : RM15.00 seorang

Hubungi :

Ustazah Junainah 019-573 5536

Puan Mazlina 019-563 3213

Puan Hasifah 019-911 0477

Pendaftaran :

Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 November, 2008.

Seminar kesihatan dan pendidikan anak-anak adalah salah satu daripada aktiviti biro wanita & keluarga ISMA. Menyedari peripentingnya anak-anak dalam sesebuah institusi keluarga, biro keluarga telah menyusun satu aktiviti untuk tarbiyah aulad dengan menggabungkan dua elemen penting iaitu kesejahteraan fizikal dan ruhani. Justeru itu program ini memberi penekanan kepada dua elemen utama iaitu kesihatan dengan membincangkan topik-topik seperti kesihatan di dalam kandungan, pemakanan anak-anak serta masalah hidung dan telinga pada kanak-kanak. Manakala bagi perkembangan ruhani pula, ibubapa akan didedahkan dengan pendekatan Islam terhadap pendidikan anak-anak serta cara-cara untuk memantapkan peribadi anak-anak mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Islam.Seminar ini terbuka kepada semua ibu bapa. Diharap usaha yang sedikit ini dapat mengesani masyarakat dan menyedarkan semua terhadap kepentingan tarbiyah aulad. Anak kita adalah harta kita.

ATUCARA PROGRAM

8.15-8.45 am:

Pendaftaran

8.45-9.00 am:

Ucapan Aluan Pengerusi Biro Wanita & Keluarga – Ustazah Junainah Jaafar

9.00-9.30 am:

Sembilan Bulan Pra-kelahiran – Dr. Murizah Mohd Zain

(Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hosptial Sultanah Bahiyah).

9.30-10.00 am:

Pendekatan Islam terhadap Pendidikan Anak-anak.-Dr. Ridzuan Ahmad

(Pensyarah Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH), Sungai Petani, Kedah).

10.00-10.30 am:

Anda adalah Apa yang Anda Makan – Pemakanan Anak- anak – Pn. Aziyati Abdul Halim

(Pegawai Pemakanan, Hospital Langkawi).

10.30-11.00 am:

Rehat & Minuman

11.00-11.30 am:

Pancaindera Telinga dan Hidung – Permasalahan pada Usia Kanak-kanak – Dr. Zulkifli Yusof

(Pakar Hidung, Telinga dan Tekak, Hospital Sultanah Bahiyah).

11.30am-12.00pm:

Pembentukan Peribadi Kanak-kanak – Ustaz Fisol Md. Isa (Penceramah Bebas).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *