Sertai Kem Remaja Sekolah (KRIS) 29 – 31 Mei ini!

Banner KRIS 2014 - Copy

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Alor Setar mengajak semua pelajar-pelajar sekolah menengah, lelaki dan perempuan untuk menyertai Kem Remaja Islam (KRIS).

Kem akan diadakan pada 29 hingga 31 Mei ini (cuti pertengahan tahun) di Seri Juluk Resort, Naka, Padang Terap.

Yuran adalah RM70 seorang. Diskaun diberikan untuk pendaftaran berkumpulan 3 orang dan ke atas.

Dengan tema “Menjadi Remaja Soleh”, pelbagai aktiviti bakal disajikan. Antaranya aktiviti fizikal seperti jungle-trekking, kembara malam yang pastinya menguji ketahanan fizikal dan jsmani.

Aktiviti pengisian rohani seperti tazkirah, qiamullail dan perkongsian agama tidak akan dilupakan.

Apa yang menarik ialah slot Bicara Tokoh di mana tokoh-tokoh profesional tempatan yang telah berjaya dalam pelbagai bidang akan didatangkan khusus untuk berkongsi pengalaman kepada para peserta nanti.

Ayuh, jangan lepaskan peluang menyertai kem hebat ini! Hubungi nombor yang tertera di atas!

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *