Sesi Ramah Mesra bersama Profesor Dr. Zainur Rashid

JITRA, 27 Oktober – Ahli-ahli ISMA Alor Setar berbesar hati menerima kunjungan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Profesor Dr. Zainur Rashid bin Zainudin ke utara tanah air dalam satu sesi ramah mesra yang dianjurkan di Dewan Siswa di sini.

Sesi itu mengupas peranan dan cabaran semasa dakwah Islamiah di Malaysia, peranan ISMA dan ciri-ciri pendokong dakwah yang diperlukan dalam mendepani cabaran yang mendatang.

Turut sama dalam sesi tersebut ialah ahli-ahli ISMA cawangan Kangar, Kubang Pasu, Sungai Petani dan Seberang Perai Utara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.