Setiap rumah di Alor Setar telah mendengar seruan ISMA – Ustaz Fisol

ust fisol 3

KEPALA BATAS (KEDAH), 8 Mei – Ustaz Haji Fisol bin Mohd Isa, Ketua Perhubungan ISMA negeri Kedah mengkhabarkan bahawa setiap rumah di Alor Setar telah mendengar seruan ISMA.

“Kafilah dakwah yang ahli-ahli ISMA buat setiap pagi petang semasa kempen PRU yang lalu telah berjaya mengetuk semua rumah orang-orang Islam di taman dan di kampung,” ujar beliau.

Tambah Ustaz Fisol lagi, rupa-rupanya ramai yang bersetuju dengan pembawaan dan agenda ISMA cuma sebelum ini seruan belum sampai kepada mereka lagi.

Ustaz Fisol berkata demikian semasa program “post-mortem” kempen PRU-13 oleh jentera pilihanraya BERJASA – ISMA untuk Parlimen Alor Setar dan DUN Derga di sini.

Dalam PRU-13 baru-baru ini, Ustaz Fisol berjaya memperoleh undi sebanyak 5,591 undi umat Islam dari Alor Setar dan Derga.

Menurut Encik Azam, salah seorang ahli ISMA Alor Setar, ada sebilangan besar sahabat dan kenalan yang tinggal di Alor Setar masih tertanya-tanya tentang matlamat dan agenda ISMA sewaktu terlibat dalam PRU-13 yang lalu, walaupun musim pilihanraya telah tamat.

“Sebenarnya ini berita yang baik untuk kita (ISMA) menjelaskan lagi agenda kita, walaupun ada yang lewat mendapat maklumat (tentang objektif ISMA terlibat PRU-13) melalui program-program lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *