Sheikh Daud Patani ulama penyebar ilmu dan kefahaman Islam

ALOR SETAR, 27 Januari – Ulama dan tokoh agama mempunyai peranan besar dalam usaha meninggikan martabat Islam di tanah air.

Menurut Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Kangar, Cikgu Noorzamri bin Hashim, peranan sebagai tokoh pejuang kebangkitan Islam telah lama ditunjukkan oleh para ulama terdahulu melalui penyebaran ilmu dan kefahaman agama Islam bukan sahaja kepada masyarakat awam, malah kepada para pemimpin termasuk sultan.

“Antara ulama yang paling terkenal di nusantara, khususnya di utara tanah air kita ialah Sheikh Wan Daud Bin Sheikh Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Sheikh Daud Patani yang lahir di Gersik, Patani.

“Beliau merupakan antara ulama kelahiran nusantara yang berjaya menuntut ilmu di Tanah Arab, ujarnya.

Cikgu Zamri yang merupakan guru pakar sejarah turut berkata, sumbangan utama Sheikh Daud Patani dalam kebangkitan Islam di nusantara ialah dengan menghasilkan banyak kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi yang kemudian digunapakai oleh guru-guru agama sekolah-sekolah pondok sehingga berjaya melahirkan generasi ulama seterusnya.

“Salah satu kitab yang masih menjadi rujukan kuliah di masjid dan surau ialah kitab Munyatul Musolli.

“Dalam kitab itu (Munyatul Musolli) juga disebut beberapa topik berkaitan peranan sultan seperti ‘sultan sebagai bayangan Allah di bumi’, ‘Raja perlu bermuhasabah dan melaksanakan kebenaran’ dan ‘kasihani rakyat, laksanakan hukum ALlah dan ingatkan mati’.

Beliau berkata demikian dalam program Usrah Umum anjuran Isma Alor Setar di Taman Pulai Jaya, Rabu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.