Siri Ceramah Bahaya COMANGO di Alor Setar 27 dan 28 Disember ini

Flyer KSU

ALOR SETAR, 21 Dis. – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan meneruskan siri Ceramah Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam di Alor Setar pada 27 dan 28 Disember ini.

Menurut Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahya, siri ceramah ini merupakan salah satu aktiviti ‘Kempen Selamatkan Ummah’ dalam memberi kesedaran berterusan kepada umat Islam mengenai bahaya serangan pemikiran dan budaya yang mengancam jati diri dan survival mereka.

Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan berkata, ancaman Comango sangat membahayakan jika tidak dikawal dari sekarang, ianya boleh menjejaskan kesucian Islam dan perlembagaan pada masa hadapan.

“Justeru, ISMA menganjurkan kempen ini dan mengajak semua pihak untuk sama-sama memberi kerjasama kerana mengharapkan ianya dapat diselesaikan sebelum Persidangan Hak Asasi Kebebasan Manusia pada Mac 2014,” tambah beliau lagi.

Ceramah akan diadakan selepas Maghrib di Masjid Ar-Rahmah, Taman Wira Mergong (27 Disember) dan Masjid Jamek Al-Shahab, Kepala Batas (28 Disember). Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Naib Presiden I ISMA akan menjadi penceramah untuk kedua-dua sesi ceramah ini.

Muslimin dan muslimat yang tinggal berdekatan dijemput hadir beramai-ramai.

Wartawan: Alfakhru Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *