‘SIS, jangan kontroversikan isu agama’ – Dr. Murizah

??????????

ALOR SETAR, 11 Mac – Ketua Wanita ISMA Cawangan Alor Setar, Dr. Murizah Mohd Zain menyelar tindakan Sisters In Islam (SIS) yang mempersoal artikel sebuah akhbar tempatan yang memaparkan penghijrahan artis wanita bertudung.

“Tidak salah kalau penghijrahan mereka ke arah kebaikan diwar-warkan agar menjadi ikutan para peminat mereka.

“Malah lebih ramai yang akan mendoakan supaya penghijrahan mereka berkekalan,” jelas beliau.

Menerusi kenyataan pada laman Facebook, SIS turut mempersoal kenapa akhbar tersebut tidak memaparkan juga golongan artis yang masih belum menutup aurat dengan sempurna.

Pertubuhan kontoversi itu turut mempersoal adakah kebaikan seseorang wanita itu hanya diukur dengan pemakaian hijab.

Tambah Dr. Murizah, memang bertudung dan menutup aurat tidak semestinya masuk syurga, tetapi  ia adalah prasyarat untuk mendapat ganjaran syurga ialah menjadi seorang hamba Allah yang taat, termasuklah dalam urusan menjaga auratnya.

“Jadi, SIS jangan bersikap terlalu defensif apabila perkara berkaitan agama dikontroversikan. Rasional tindakan anda wajar didasarkan atas hak Allah mengatasi hak manusia,” tegas beliau lagi.

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *