Slogan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ terpakai untuk semua calon

ustaz halim

BANGI, 11 Mac – Pengarah Penerangan Biro Politik ISMA, Ustaz Hj. Abdul Halim Abdullah  menegaskan bahawa slogan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ bukan hanya untuk calon ISMA tetapi sebaliknya terpakai untuk semua calon muslim yang akan bertanding di kawasan yang tidak ditandingi oleh calon-calon ISMA dalam PRU-13 akan datang.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kekeliruan pada sesetengah masyarakat yang masih keliru dengan slogan tersebut kerana menganggap ia hanya untuk calon ISMA.

“Saya rasa slogan itu ringkas, padat dan jelas yang mengajak para pengundi mengenal betul-betul adakah calon-calon yang bertanding di kawasan mereka layak untuk menjadi pemimpin.

“Calon muslim yang akan bertanding haruslah memenuhi lima kriteria seperti yang telah ISMA jelaskan sebelum ini iaitu amanah, akhlak, kesetiaan, kesejahteraan dan perpaduan,” jelasnya.

Ustaz Halim berkata lagi, konsep amanah dalam slogan ini bermaksud calon tersebut mempunyai sikap dan usaha untuk menyampaikan suara Islam ke dalam Parlimen atau DUN

Manakala berakhlak pula ialah calon yang akan bertanding mesti memiliki peribadi terpuji yang boleh dicontohi oleh masyarakat selepas dirinya terpilih menjadi pemimpin dalam PRU-13.

“Seterusnya, calon atau bakal pemimpin yang dipilih kelak haruslah setia kepada agama, bangsa dan negara tanpa menggadaikan hak-hak Melayu-Islam atau membawa agenda asing.

“Bahkan ia juga perlu mewujudkan kesejahteraan dalam menabur rasa keharmonian antara kaum di negara kita di samping bertekad dan berusaha menjayakan perpaduan antara parti, badan dan umat Melayu Islam di dalam negara selari dengan slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat,” ujarnya.

One thought on “Slogan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ terpakai untuk semua calon”

  1. adakah calon UMNO lebih berwibawa dari calon PAS. adakah ciri-ciri amanah, akhlak, kesetiaan, kesejahteraan dan perpaduan ada pada calon-calon BN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.