Tahniah buat adik Nabilah Wafa’

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Nabilah Wafa’ binti Mohd Najib atas kejayaan beliau mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2011 yang lalu.

Adik Nabilah Wafa’ (kanan sekali) bersama ibu beliau (kiri).

Adik Nabila Wafa’ merupakan puteri kepada pasangan Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman, pensyarah di IPG Perlis dan Puan Aishah binti Hamid, pensyarah di IPG Darulaman, Jitra.

Bersama teman-teman sewaktu menghadiri KLSPM 2012 anjuran PEMBINA Kedah.

KRIM Kedah mengharapkan adik Nabilah Wafa’ berjaya mencapai impian untuk menyambung pengajian ke Jordan nanti, di samping menadi pembakar semangat kepada adik-adik di luar sana untuk mencapai kejayaan lebih hebat.

Sumber: KRIM Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *