Tarbiyah Islamiyah kekal sebagai agenda utama ISMA

aIMG_0962_b

JITRA, 13 Disember – “ISMA akan terus kekal dengan tarbiyah Islamiyah sebagai agenda utama di sepanjang perjalanan dakwahnya.”

Begitulah kenyataan jelas daripada Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar, Ustaz Mohd Kashfi bin Ali. Menurut beliau, ISMA merupakan sebuah NGO yang sentiasa menekankan pembentukan jatidiri Muslim sebagai peranan utama.

“Sekarang kita boleh lihat semakin ramai orang-rang Islam jauh dari Islam itu sendiri dan akhlak-akhlak Islam yang sepatutnya. Jadi ISMA mahu mengumpulkan seramai mungkin ahli-ahli masyarakat untuk memberi mereka didikan tarbiyah yang sempurna dalam segenap aspek kehidupan, fizikal, ruhi dan fikrah,” Ujar Ustaz Mohd Kashfi.

Beliau yang juga merupakan Ketua Biro Tarbiyah ISMA Alor Setar turut berkata, Usaha mentarbiyah umat adalah selaras dengan apa yang telah dilaksanakan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w, sebelum disambung oleh para sahabat dan salafussoleh.”

“Pendekatan ini sebenarnya mampu membangunkan umat ke landasan yang sebenarnya. Umat akan memahami tanggungjawab mereka untuk mempertahankan maruah umat seperti mana adanya khalifah Islamiyah suatu masa dahulu,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual wartawan ISMA sewaktu Karnival Jom Sihat dan Ceria anjuran ISMA Alor Setar di Jitra Mall, siang tadi. Karnival tersebut berjaya menarik lebih 1000 pengunjung dan 100 keahlian baharu.

Pada masa kini, ISMA telah mempunyai pelbagai biro dan agensi untuk pentarbiyahan setiap golongan masyarakat. Antaranya KRIM (untuk remaja), PEMBINA (belia), Biro Keluarga dan Masyarakat (wanita) dan NAZIM (kanak-kanak).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *