Tarbiyah yang terpaksa?

  • Kadang-kadang orang memberi komentar tentang satu-satu perkara tentang diri anda yang anda rasa terlalu remeh. Sebetulnya anda ambil kisah apa yang dia komenkan, kerana bagaimana dia boleh nampak dan komen tentang diri anda, padahal orang lain tak nampak? Appreciate that. Seterusnya berfikir, “What if, saya teruskan buat apa yang dia komen tu, adakah ia akan menyebabkan orang akan sukar bersama kita? Apa salahnya anda cuba membiasakan sesuatu yang belum biasa dibuat? Ini adalah tarbiyyah yang terpaksa, khusus untuk anda.
  • Ada masanya anda gagal mengawal suasana. Ada masanya anda tidak mampu bersuara lantang. Atau anda bukanlah seorang yang bersifat seorang penggerak dalam sekumpulan orang ramai. Namun, ia tidak menghalang anda untuk menjadi penggerak untuk diri anda sendiri, kan? Anda tahu apa yang betul, anda tahu apa sepatutnya tindakan anda. Anda sepatutnya menjerit di dalam hati, “Aku sedang menipu diri sendiri. Hinalah aku kalau aku gagal mentarbiyyah diri aku dengan disiplin. Kejilah aku kalau aku melalaikan apa yang aku fahami.” Ini adalah tarbiyyah yang terpaksa, khusus untuk anda.
  • Mungkin juga anda rasa anda dan rakan-rakan sudah berada dalam tarbiyyah, anda dan rakan-rakan anda adalah seorang yang tahu segala-galanya, faham semuanya, hebat akhlak dan kefahaman Islamnya. No, you are wrong. Kehebatan itu tidak bermakna kalau anda tidak mengamalkan apa yang anda fahami, plus, anda tidak memahami fitrah semulajadi seorang manusia. Seorang akh atau ukht juga adalah manusia biasa yang mudah lupa dan naik-turun semangatnya, bukan malaikat. Budaya “Memperingat dan Diperingat” sesama anda mesti berterusan sepanjang masa. Ini adalah tarbiyyah yang terpaksa, khusus untuk anda.
  • Kebatilan yang tersusun akan mudah menghancurkan haq yang tidak tersusun. Gerak kerja dakwah akan gagal serta-merta kalau anda sentiasa bersangka-sangka, walaupun bersangka baik: “Dia buat kerja kot.” “Akh ni boleh kot.” “Dia tak ada masalah kot.” Gerak kerja syaitan yang tersusun dengan meniupkan sifat was-was dan bersangka-sangka dalam diri anda tampaknya sedang berjaya. Prove me wrong. Ini adalah tarbiyyah yang terpaksa, khusus untuk anda.
  • Menjadi seorang yang baik dan rajin adalah best. Tetapi semua orang boleh jadi baik dan rajin. Anda sepatutnya lebih dari itu. Anda sepatutnya tahu urusan mana yang patut diprioritaskan, yang mana boleh disingkirkan. Dakwah yang berfokus tidak mungkin memerlukan anda untuk mendampinginya, tetapi dengan berdakwah secara berfokus, anda boleh berjaya mewujudkan seorang lagi rijal seperti Mus’ab bin Umair di muka bumi ini. Ini adalah tarbiyyah yang terpaksa, khusus untuk anda.
  • Akhirnya anda persoalkan diri anda sebenarnya, “Apa sebenarnya yang aku aplikasikan daripada tarbiyyah yang aku dapat? Adakah dakwah yang aku buat sekarang ini sekadar hobi di masa lapang? Jika tidak, siapa yang aku dakwahkan? Kenapa dia? Adakah aku memahami cara fikir dan peribadinya? Apakah strategi dakwah aku kepadanya? Adakah dakwah aku kepadanya selama ini efektif? Jika tidak, kenapa?” Ini adalah tarbiyyah yang terpaksa, khusus untuk anda.

Anda bukanlah pemula gerak kerja dakwah ini , apatah lagi pengakhirnya. Segala cabaran yang anda hadapi dalam dakwah ini sudah dialami oleh orang-orang sebelum anda lagi. Bertanyalah. Anda mampu lakukannya.

“… kerana selemah-lemah iman adalah membenci sesuatu kemungkaran dengan hati.”

… (Saya tahu anda boleh buat lebih dari sekadar membenci dengan hati)

“… sekiranya kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

… (kalau kamu bersungguh-sungguh, nescaya Allah juga akan bersungguh-sungguh)

“… Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berpaling?”

… (Ask yourself)

p/s: Ini bukan nasihat dari seorang sahabat, tetapi dari seorang yang mengharapkan syahid itu milik kita bersama.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Ketua Biro Belia
ISMA Cawangan Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *