Teroka peluang amal dakwah baru – Dr. Zulkifli

Dr Zul retreat 2

KEPALA BATAS, 25 Disember – “Teroka peluang amal dakwah baru ISMA Alor Setar pada tahun hadapan.” Demikian tegas Yang di-Pertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof sewaktu memulakan retreat ISMA Alor Setar untuk sesi 2012.

Dr. Zulkifli menggesa agar aktivis ISMA Alor Setar agar sentiasa fokus kepada gerak kerja dakwah di medan tempatan dan berstrategi untuk mencari peluang-peluang amal yang baru. Beliau turut menyarankan agar gerak kerja setiap biro diperkemas dan ditambahbaik agar segala program yang bakal dirancang dapat dilaksanakan secara efektif dan mencapai objektif ISMA.

Program retreat ISMA Alor Setar yang bermula jam 11.00 pagi membincangkan tentang muhasabah program-program yang telah dilaksanakan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap biro. Selain itu, semua aktivis ISMA Alor Setar diberi peluang memberi ulasan dan kritikan kepada setiap biro berdasarkan prestasi sepanjang tahun 2012.

Kedua-dua retreat dan mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli teras dan ahli-ahli biasa ISMA Alor Setar.

Turut berlangsung pada hari yang sama ialah Mesyuarat Pencalonan Perwakilan Jawatankuasa ISMA Peringkat Pusat Dan Cawangan untuk sesi 2013-2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *