Tragedi di Palu: Bala dan peringatan buat manusia

ALOR SETAR, 1 Disember – Tragedi bencana alam yang melanda Palu, Indonesia September lalu merupakan bala dan ujian buat umat manusia.

Menurut Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, peristiwa gempa bumi, tsunami dan pemendapan tanah di kawasan itu adalah kesan daripada tindakan sebahagian penduduk yang menjalankan ajaran khurafat pemujaan dewa laut.

“Di sebahagian kawasan pula wujud rumah-rumah pelacuran dan pengamalan budaya LGBT, kita sebagai umat Islam kena yakin bahawa bencana yang telah berlaku disebabkan bala oleh Allah ke atas mereka yang melakukan amalan mungkar.

Kenyataan Ustaz Fauzi menyangkal dakwaan sesetengah pihak terutama pelopor gerakan liberalisme yang mengatakan tragedi yang berlaku hanyalah bencana alam biasa.

“Kita sebagai golongan yang ada iman memang tidak menafikan bahawa Allah mengaturkan semua kejadian alam.

“Tetapi bila kita kaji sirah bagaimana Rasulullah mengajarkan doa bahawa tidak diturunkan hujan bala, doa agar tidak ditimpakan bala dalam bentuk petir, dorongan melaksanakan solat sunat gerhana dan sebagainya, ini menandakan kejadian alam boleh jadi bala kepada kita.

Ustaz Fauzi turut berkata, bala yang ditimpa juga merupakan peringatan kepada umat Islam agar kembali kepada amar maaruf dan taat kepada suruhan-Nya.

“Bencana di Palu perlu dijadikan iktibar kepada kita umat Islam di Malaysia agar melawan sekeras-kerasnya fahaman liberalisme dan LGBT yang terang-terangan jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.

Beliau berkata demikian dalam program Usrah Umum ISMA Alor Setar di Taman Pulai Jaya yang dihadiri lebih 100 orang hadirin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.