Ucapan takziah buat Mohd Khalil sekeluarga

Al-Baqaillah. Seluruh warga ISMA Alor setar mengucapkan takziah buat Pengerusi Kelab Remaja ISMA (KRIM) Alor Setar, saudara Mohd Khalil sekeluarga atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah sebentar tadi.

Saudara Mohd Khalil kini berada di Terengganu bersama ahli keluarga yang lain untuk menguruskan hal-hal yang perlu.

Semoga beliau dan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi saat-saat sebegini.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un”

One thought on “Ucapan takziah buat Mohd Khalil sekeluarga

  1. Semoga kepulangan ayah Akh Khalil mengadap Illahi di malam Jumaat yang penuh barakah akan disambut oleh para malaikat yang akan membawanya kepada para solihin. Takziah kpd Akh Khalil & keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *