Umat Islam diseru dalami aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Usrahumum1

POKOK SENA, 25 September – Umat Islam di Malaysia tanpa mengira usia diseru untuk mendalami dan memahami aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hal ini dinyatakan oleh Ustaz Hj Mahmad Zukri bin Mohamad Hasan, Ahli Majlis Jawatankuasa Muzakarah Haji Peringkat Nasional dalam program Usrah Umum anjuran ISMA Alor Setar.

Ujar beliau, umat Islam di Malaysia yang mengamalkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mazhab Imam Syafie sepatutnya cenderung untuk menambah kefahaman berkenaan apa yang  telah diamalkan.

“Sekiranya aqidah ini (Ahli Sunnah Wal Jamaah) difahami dengan sebenar-benarnya, isu Syiah sepatutnya tidak menjadi di negara kita,” tegas Ustaz Zukri.

Turut menyentuh isu liberalisme dan sekularisme yang sedang melanda umat Islam, beliau mengatakan bahawa ini kerana masih ramai yang menyalah ertikan aqidah Islamiyah sebagai salah satu cabang dalam Islam.

“Ilmu aqidah bukan cabang (kepada Islam), tetapi ia adalah asas kepada ilmu-ilmu fiqh dalam Islam,” tegas beliau.

Program Usrah Umum bertajuk “Adakah Aqidahku Celaru” ini dihadiri hampir 100 orang hadirin daripada pelbagai latar belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *