Undi bukan Islam demi tegakkan negara Islam tindakan salah

U Kashfi

ALOR SETAR, 1 Mac – “Tindakan memilih calon bukan Islam yang terang-terangan menolak Islam dengan niat mahu menegakkan negara Islam adalah satu tindakan yang bertentangan dengan syarak,” tegas Ustaz Mohd Kashfi bin Ali, Naib Yang di-Pertua ISMA Alor Setar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian segelintir masyarakat Muslim yang mengatakan ‎”Cukuplah kita niat nak negara Islam, selepas itu usaha kita ialah undi pihak (PR) yang usaha nak tubuh negara Islam. Tugas kita setakat tu sahaja (mengundi PR). Tugas seterusnya, kita serah kepada mereka (PR).”

“Betul, niat yang baik mesti diteruskan dengan usaha yang baik. Cumanya yang menjadi persoalan berikutnya adakah memenangkan calon bukan Islam seperti daripada DAP dan PKR boleh menyebabkan negara Islam lebih mudah ditegakkan?” Soal beliau.

Ustaz Kashfi yang juga merupakan Ketua Biro Tarbiyah ISMA Alor Setar turut menambah tiada agenda penegakan negara Islam pun diletakkan dalam Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat.

“Mengundi calon bukan Islam boleh jadi usaha yang sia-sia sekiranya apa yang diniatkan memang sudah diyakini tidak boleh dicapai.” jelas Ustaz Kashfi lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *