UUM larang kakitangan sokong COMANGO tindakan bijak – YDP ISMA Alor Setar

dr-zul

ALOR SETAR, 11 Feb – Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof menyokong tindakan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melarang kakitangannya daripada terlibat dengan perjuangan COMANGO.

Menurut Dr. Zulkifli, pihak yang mempunyai kuasa memantau dan melarang sepatutnya menggunakan kelebihan yang ada untuk menghalang perjuangan COMANGO yang jelas mengancam kedaulatan negara daripada menjadi ikutan.

Pekeliling pendaftar bilangan 2 Tahun 2014 bertarikh 5 Februari yang dihantar kepada semua kakitangan universiti menyebut satu taklimat eksekutif berkaitan bahaya tuntutan-tuntutan COMANGO telah diadakan pada 9 Disember tahun lalu oleh Majlis Keselamatan Negara kepada pihak pengurusan UUM.

Selain memaklumkan apa dan siapa dalang di sebalik COMANGO, pekeliling tersebut turut menyebut semua tuntutan COMANGO bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan negara serta dibuat melalui platform yang tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.

Pekeliling tersebut turut menyebut adalah tidak wajar warga universiti terlibat dalam aktiviti COMANGO yang bersifat sabotaj dan subversif terhadap negara.

Wartawan: Alfakhru Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *