Waqafat ketika Menunaikan Haji

kabbah011.jpg

Bersama Dr.Ridzuan

Assalamualaikum wrt.wbh.

Sebelum kalam dilanjutkan, izinkan saya memohon kehadrat ilahi semoga dikurniakan sifat ikhlas dalam bicara dan jauhi sifat riya`, ujub dan takabbur. Semoga perkongsian pengalaman ini memberi sedikit pedoman dan manfaat kepada bakal-bakal haji, insyaalah…. Sebenarnya sejak berada di Tanah suci saya berazam untuk berkongsi beberapa pengajaran sepanjang perjalanan menunaikan fardhu haji baru-baru ini, antaranya;<!–more–>

1. Kemampuan material dan fizikal.

Setiap muslim harus merancang untuk memastikan supaya rukun Islam ini dapat dilaksanakan. Perbelanjaan bulanan perlu diagihkan secara cermat dan berhemat. Jika kos mengerjakan haji pada musim yang lalu sekitar RM 9 000 + perbelajaan di Tanah suci RM 3 000 = RM 12 000. Bagaimanakah RM 12 000 boleh dikumpul. Bagi sesorang yang membuat perancangan kewangan mungkin dalam tempoh 10 tahun ke hadapan ibadah ini dapat dilaksanakannya. Kita andaikan sebulan disimpan untuk menunaikan ibadah haji sebanyak RM 10, ini bermakna setahun RM 1 200. Dalam tempoh 10 tahun telah terkumpul sebanyak RM 12 000. Persoalannya adakah kita pernah terfikr dan bercita-cita untuk melakukan ibadah yang menjadi kewajipan ke atas setiap muslim.

Aspek kedua adalah kemampuan fizikal atau dari sudut kesihatan. Alhamdulillah sepanjang 44 hari di Tanah suci Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang cukup baik kepada saya. Bayangkan pukul 2.30 -3.00 pagi dah bangun untuk ke masjid untuk solat subuh. Sedangkan masuk waktu solat sekitar jam 5.30 pagi. Pukul 4.00- 4.30 ptg dah menuju ke masjid sedangkan masuk waktu magrib sekitar jam 5.40 pm. Apatah lagi untuk mengerjakan ibadah tawaf dan umrah sunat yang penuh bersesak-sesak di tengah lautan manusia. Semuanya memerlukan kekuatan fizikal dan semangat juang yang tinggi. Sedihnya kita jika belasan ribu dibelanjakan namun ibadah yg ditunai hanyalah yang fardhu saja manakala yang lainnya hanya buat kat hotel saja. Perkongsian dan peringatan ini sentiasa saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan yang dalam KT 51 maktab 96 . Lebih-lebih lagi jarak hotel kami dengan Masjid Haram lebih kurang 1.3 km. Bayangkan tanpa kesihatan fizikal dan semangat juang yang tinggi kita akan tewas kpd panggilan syaitan dan hawa nafsu yang inginkan kerehatan, keempukan dan kedinginan suhu di dalam hotel….astagrfirullah…la haula wala quwata illa billah.

Pada hemat saya, ibdah haji merupakan “fizikal training” bagi muslim. Bukan setakat ulang alik ke masjid sahaja malah ketika melakukan tawaf, sa`ei, melontar jamrah kesemuanya menuntut kekuatan fizikal. Alangkah sedihnya, sekiranya semua amalan tersebut dilakukan oleh orang lain dengan bayaran tertentu. Sedangkan setiap satu amalan yang dikerjakan ada hikmatnya yang tersendiri. Seingat saya, jarak antara khemah dan jamrah lebih kurang 2 km. Kalau pergi dah 2 km semestinya balik pula 2 km. Manakan daya kalau fizikal tak kuat. Mampukah kita mendaki untuk melihat sendiri tempat wahyu pertama diturunkan yang berada pada paras setinggi 281 kaki. Mampukah untuk melihat sendiri tempat baginda s.a.w dan Saidina Abu Bakar berlindung dari kekejaman Quraisy ketika peristiwa hijrah yang berada setinggi 458 kaki. Mampukah kita menatap sendiri tempat Nabi Adam a.s ditempatkan setelah di perintah keluar daripada syurga. Kesimpulannya, jika ada kekuatan di situ ada kemahuan, tetapi jika tiada kekuatan sudah pasti yang datang hanyalah kekesalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *