Waqafat Perjalanan Haji (siri 2)

bersama Dr Ridzuan Ahmad

Kedua: Keagungan Baitullah

Menurut sejarahwan Kaabah dibina semula antara 5 hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim adalah seperti berikut iaitu dinding Timur berukuran 48 kaki 6 inci, dinding Hatim 33 kaki, dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani 30 kaki dan dinding Barat adalah 46.5 kaki. Selepas itu, Kaabah turut melalui beberapa proses pembinaan semula sebelum Rasulullah s.a.w dan selepasnya.<!–more–>

Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermaksud kiub. Antara lain Kaabah juga dinamakan Bait al Ateeq bermakna paling awal dan lama dan bebas merdeka. Bayt al-Haram dengan makna rumah yang dihormati.

Apabila melihat Kaabah, kesyahduan mulai terasa. Apakan tidak di situlah tempat para utusan Allah mendekatkan diri kepada Pencipta. Tempat yang merupakan pintu tujuh petala langit dan pusat dunia. Tempat baginda. s.a.w dihina dan dijijik ketika sujud mengabdi diri kepada Pencipta. Tempat yang cukup mulia tetapi pernah dicemari dengan berhala-berhala yang pernah menyesatkan manusia.

Kaabah kedudukannya lebih rendah berbanding kawasan disekitarnya. Namun iradah Allah s.w.t menentukan kawasan sekitar kaabah itu dikurniakan suasana yang dingin dan sejuk bagaikan dikelilingi oleh hawa pendingin sekalipun di tengah cuaca yang panas terik. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa datang menyirami para jemaah yang sedang beribadat sekitarnya.

Bisikan jiwa yang kerdil sentiasa berkata-kata “alangkah puasnya jika setiap kali ketika tawaf aku dapat mengucup hajar al-Aswad dan berdoa di dalam Hijr Ismail dan Multazam.” Tapi di tengah lautan manusia kekadang membuatkan hati jadi pasrah. Namun sekali tidak berjaya bukan beerti tiada lagi peluang baginya. Para jemaah tinggal di Mekkah tidak kurang dari 30 hari. Masa cukup lama, namun yang perlu ada pada diri para jemaah adalah semangat mahu merebut peluang untuk mendapat ganjaran semaksima mungkin. Kata pepatah melayu ” hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *