Warga Kedah Mesti Bantah TPPA!

kedah tolak tppa

Perjanjian perdagangan bebas multilateral yang sedang dirundingkan bersama 11 negara anggota iaitu Australia, Brunei, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Perjanjian yang dikatakan ‘yang pertama seumpamanya’ ini malangnya dilihat terlalu menyebelahi negara maju seperti Amerika yang diterajui syarikat-syarikat konglomerat mereka, sekaligus meminggirkan kepentingan negara-negara membangun seperti Malaysia.

Disamping itu, dokumen serta perincian rundingan yang selama ini dirahsiakan langsung tidak memberi peluang kepada kerajaan serta rakyat untuk menilai manfaat TPPA. Sebaliknya hasil daripada analisa perjanjian perdagangan bebas (FTA) lampau serta maklumat daripada beberapa dokumen TPPA yang bocor jelas menunjukkan betapa banyaknya kekangan kepada mewujudkan perdagangan yang benar-benar bebas.

TPPA bakal menggunapakai ISDS (Investor to State Dispute Settlement) sebagai ‘kuasa mutlak mengatasi kuasa mahkamah persekutuan’; yang akan menghukum negara yang engkar mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian TPPA.

Maka tidak hairanlah apabila daripada 29 bab yang dirundingkan hanya 6 bab sahaja yang benar-benar melibatkan isu-isu perdagangan, sekaligus mengukuhkan pandangan bahawa TPPA tidak ikhlas untuk memperjuangkan kesaksamaan dalam berdagang, sebaliknya hanya mahu memperkukuh kedudukan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia melalui perjanjian yang terancang.

Sebagai sebuah negaramerdeka dan berdaulat, dengan lebih 30 juta penduduk yang berbilang kaum, keputusan Malaysia untuk meneruskan rundingan TPPA tanpa justifikasi yang kukuh dan telus merupakan satu tindakan yang cukup besar risikonya. Dengan bersandarkan kepada fakta bahawa sudah begitu banyak negara yang menjadi mangsa kepada perjanjian perdagangan versi Amerika, Malaysia sepatutnya tidak perlu terus berdegil untuk meneruskan rundingan.

TPPA terbukti sebuah perjanjian zalim yang akan membunuh berjuta nyawa apabila harga ubatan menjadi terlalu mahal,

TPPA bakal membunuh jutaan lagi peniaga kecil yang bakal kecundang dan berkubur ditangan syarikat-syarikat transnasional dengan keistimewaan tersendiri dan keupayaan modal berkali ganda, dan TPPA hanya akan meletakkan negara ini terjerumus jauh ke belakang apabila akses kepada maklumat dan ilmu disekat sewenang-wenangnya.

Pada akhirnya, rakyat Malaysia sendirilah yang akan terpaksa menanggung beban kegagalan TPPA, samada melalui kos sara hidup yang menjulang tinggi atau risiko negara disaman berbillion ringgit sekiranya tidak dapat memenuhi tuntutan-tuntutan melampau yang bakal dikuatkuasakan sebaik rundingan ini ditamatkan tidak berapa lama lagi.

Malaysia tidak perlu kepada perjanjian zalim seperti TPPA untuk maju dan makmur, dan kita telah melakukannya sebelum ini dengan begitu berjaya.

Petisten membantah penyertaan Malaysia sebagai negara anggota TPPA ini bakal menjadi testimoni penting kepada para perunding TPPA serta kerajaan Malaysia

bahawa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan kedaulatan negara ini dijualbeli dan mereka menolak TPPA sekeras-kerasnya!

‪#‎stopTPPA‬
‪#‎janganJUALnegara‬

‪#‎BantahTPPA‬ melalui petisyen di www.janganJUALnegara.com

twitter @BantahTppa
instagram @bantahTPPA
Like www.facebook.com/bantahTppa
Whatsapp : +60 11 1550 4471

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *