Yahoo! I am a Muslim!

Pada 16 Ogos 2008 yang lalu, bertempat di Dewan Mahsuri, Jitra, Kedah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Kedah telah berjaya menganjurkan program Yahoo! I am a Muslim!. Program yang diadakan sempena cuti sekolah ini telah menarik seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 hingga 5 di sekitar negeri Kedah. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan kesedaran dan rasa cinta kepada agama selain dapat membina ukhuwah antara remaja dan ahli-ahli KRIM Kedah. Selain itu, program ini juga sedikit sebanyak dapat memperkenalkan KRIM kepada remaja terutama di negeri kedah. <!–more–>

Program yang berjalan selama satu hari ini dimulai dengan slot motivasi bertajuk ‘Surat-surat Cinta’. Slot ini disampaikan oleh pakar motivasi Tuan Hj Arif B Mohd Noor. yang menyentuh tentang nilaian cinta sesama makhluk dan cinta kepada Allah S.W.T.. Perjalanan program seterusnya pada sebelah petang disambung dengan aktiviti luar iaitu ‘Treasure Hunt.’ Aktiviti ini dapat memupuk sifat kepimpinan, amanah, sanggup berkorban serta kerjasama yang kuat dikalangan ahli-ahli di dalam sesebuah kumpulan.

Setelah para peserta berpenat-lelah menghabiskan kelima-lima checkpoint, maka tibalah kita ke penghujung program. Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Encik Faisol bin Elham selaku setiausaha ISMA Kedah. Majlis ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya memenangi acara ‘Treasure Hunt’. Selain itu, para peserta turut diberi sijil penyertaan dan badge “Yahoo! I am a Muslim!” pada majlis penutup tersebut.

Rata-rata peserta yang ditemui selepas program memberi maklum balas yang sangat baik dan mereka merasakan program ini amat bermanfaat buat mereka. Peserta juga melahirkan hasrat untuk mengikuti program-program akan datang yang dianjurkan oleh KRIM. Diharap program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai penyertaan.

One thought on “Yahoo! I am a Muslim!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *