Artikel bersiri (1)

Kenapa Kita Memerlukan Kepada Tarbiyyah?

Ramai orang mengetahui bahawa ilmu adalah penting tetapi kebanyakan mereka tidak rajin membaca dan belajar. Ramai orang mengetahui bahawa ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah tetapi masih ramai yang tidak beramal dengan ilmunya. Ramai orang mengetahui tentang besarnya ganjaran menyampaikan ilmu tetapi masih ramai yang tidak menyampaikannya. Semua orang mengetahui bahawa semua amalan perlu ikhlas tetapi jarang sekali kita lihat tanda-tanda orang yang benar-benar ikhlas. (more…)

Laporan Kem Ibadah SMSAH

Pada 10 Julai, 2008 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Guru Panatia Agama dan Kaunselor Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah menganjurkan Kem Ibadah 2008 yang berlangsung selama dua hari satu malam. Program ini melibatkan seramai 125 orang pelajar tingkatan lima yang bermula pada petang Khamis dan berakhir selepas solat Jumaat. Antara objektif progam ini adalah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. (more…)

Infertiliti

Tidak dapat dinafikan, dalam satu ikatan perkahwinan setiap pasangan menginginkan kelahiran zuriat. Anak bukan sahaja sebagai penyejuk mata tetapi juga sebagai kesinambungan baka dan kehidupan. Tetapi, tidak semua pasangan dianugerahkan anak. Infertiliti atau kemandulan adalah satu masalah yang semakin meningkat dewasa ini. Satu dalam sepuluh atau 10% pasangan mengalami masalah infertiliti. (more…)

Mendung Berarak Kembali

Aku sudah terbiasa dengan sinar mentari yang menyinari kehidupanku. Telah berjaya kulupakan mendung-mendung kelabu yang membayangiku tidak lama dahulu.. Aku berjaya melenyapkan bayangan gelap itu walau dengan seribu kepayahan. Namun tiba-tiba mendung berarak kembali. Rintik-rintik hujan telah mula menunjukkan tanda untuk rebah ke bumi. Tidak!!! Aku belum puas merasai sinar itu. Aku belum bersedia untuk menerima kehadiran hujan lebat ini. Kenapa aku harus lalui semua ini?? Kenapa?? (more…)

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apa lagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
(more…)

Wahai Generasi Muda!

(Nasihat Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas ra)

“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran” diriwayatkan dari Ibnud Abbas oleh Imam At Tirmidzi, katanya: Hadith hasan sahih. (more…)

Waqafat Perjalanan Haji (siri 2)

bersama Dr Ridzuan Ahmad

Kedua: Keagungan Baitullah

Menurut sejarahwan Kaabah dibina semula antara 5 hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim adalah seperti berikut iaitu dinding Timur berukuran 48 kaki 6 inci, dinding Hatim 33 kaki, dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani 30 kaki dan dinding Barat adalah 46.5 kaki. Selepas itu, Kaabah turut melalui beberapa proses pembinaan semula sebelum Rasulullah s.a.w dan selepasnya. (more…)

Epilog Kehidupan

Epilog Kehidupan kerindusn pada suatu yang hakiki mengheret diri mencari yang pasti untuk dinobatkan dihati yang telah lama ditumbuhi mazmumah dan karat-karat jahili lantaran akal diinjak nafsu sendiri gamitan peristiwa semalam menghiris pilu yang terhiris meniup sumbu pelita iman lalu terpadamlah cahayanya di tengah lautan manusia yang hanyut dalam mengejar Read more…

Duka seorang anak

Duka Seorang Anak

Cuti sekolah memang sentiasa saya nantikan kerana inilah masanya untuk saya dan keluarga berkesempatan pulang ke rumah ayah bonda tercinta. Walaupun keluarga suami terletak di bandaraya kuala lumpur, tetapi kami tetap mengatakan kepada anak “ kita nak balik kampung”. Jumaat tengahhari bermulalah perjalanan kami pulang ke kampung. Apabila kereta masuk sahaja ke Kuala Lumpur, hati saya terdetik… Oh Kuala Lumpur dimanakah damai mu? Apa tidaknya baru sahaja kami menjejak ke bandar ini, tak semena-mena kami dihon oleh kereta dibelakang… Lambat benarkah kami??? Berada dalam deretan kereta yang bertali arus (kami sampai pada awal malam), benar-benar menyesakkan perasaan… Lantas saya memulakan sembang-sembang bersama suami tercinta. (more…)

60 tahun penuh penderitaan

  60 tahun, itulah tempoh masa yang telah dilalui oleh rakyat Palestin dalam kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan, Mei merupakan ulangtahun sambutan malapetaka atau bencana besar yang sedang dilalui oleh rakyat Palestin kini. Mereka mengenangnya sebagai Nakbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan Negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya Read more…