Didik anak cinta Rasul & dakwah Islamiyah – Dr. Murizah

JITRA, 17 Jan – Anak-anak perlu dididik untuk mencintai Rasulullah s.a.w. dengan memperkenalkan baginda sebagai pendakwah ke seluruh alam. Menurut Ahli Majlis Wanita ISMA, Dr. Murizah Mohd Zain, anak-anak kecil mesti diperdengarkan dengan kisah hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, khususnya berkaitan peribadi mereka dalam usaha mentauhidkan Allah s.w.t.

Antara tuntutan COMANGO dan Laut Mati

Allah telah memberi kesempatan pada saya untuk menziarahi Laut Mati ketika berkunjung ke Jordan untuk program PERSIS baru baru ini. Dari segi geografi dan geologinya Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di antara Jordan dan Tebing Barat. Ianya mempunyai kemasinan 8.6 kali dari biasa dan menyebabkan tiada kehidupan yang layak Read more…

Pemindahan rahim: Satu perspektif

Minggu lepas ketika saya sedang melihat pesakit-pesakit di klinik reproduktif, tiba-tiba seorang ibu membawa keratan akhbar tentang pemindahan rahim di Turki sambil menunjukkannya kepada saya. Di wajah sayu ibu itu kelihatan seribu harapan dan pertanyaan sementara si anak yang berusia 16 tahun tidak menunjukkan apa-apa reaksi; mungkin masih belum memahami sepenuhnya apa yang beliau alami.

Isteri, ibu, da’i dan pakar perbidanan sakit puan

Hari ini saya membaca catatan yang dibuat oleh Prof Zainur Rashid tentang keperluan doktor muslimah dalam bidang Sakit Puan. Apa yang dikatakan oleh beliau adalah tepat sekali. Saya telah menjadi Pakar Sakit Puan sejak 2001, walaupun saya tidak mempunyai bakat menulis seperti beliau saya cuba nukilkan bait-bait kata di sini supaya catatan pengalaman saya ini dapat menjadi inspirasi untuk adik-adik muslimah yang lain untuk turut berada dalam bidang ini.