Kepentingan agenda dalam membina keluarga Melayu Muslim

Apabila mula-mula membina sebuah keluarga, umumnya kita mengharapkan keluarga baru yang dibina itu akan menjadi keluarga yang bahagia. Kita mengimpikan sebuah keluarga yang berada di dalamnya seorang isteri yang penyayang, suami yang bertanggungjawab dan anak-anak yang taat dan patuh pada perintah agama. Maka kita akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.