Antara dakwah, tarbiyah dan kemenangan Islam

Dakwah dan tarbiyah adalah tunggak kepada kejayaan untuk memartabatkan Islam. Dakwah bertujuan untuk menyebar luaskan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat dan menyedarkan mereka betapa pentingnya memahami dan beramal dengan ajaran Islam di dalam kehidupan ini. Apabila mereka menyahut seruan ini, mereka perlu mendapat bimbingan bagi memastikan mereka dapat beramal Read more…

Harakah Islam mesti ambil iktibar kekalahan Uhud

Di antara sebab kekalahan pejuang-pejuang Islam di medan Uhud adalah cenderungnya hati kepada dunia apabila melihat apa yang mereka sukai berada di hadapan mata, sehingga sanggup menderhakai perintah Rasulullah SAW, dan berbalah sama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan dan kelemahan. Allah memberi komen terhadap peristiwa perang Uhud ayat 152 Read more…

Dakwah ISMA akan terus disampaikan selepas PRU-13

ISMA telah lahir secara rasmi pada tahun 1997, dan telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti dakwah dan tarbiyah untuk membetuk peribadi Muslim yang sebenar, membina keluarga Muslim yang sebenar, melahirkan masyarakat Muslim yang sebenar dan seterusnya menegakkan kuasa Islam yang mampu melaksanakan syariat islam dengan sempurna.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H

Selamat menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Semoga semua masyarakat Islam di Malaysia, khususnya para aktivis ISMA serta keluarga sentiasa mendapat keberkatan dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. Sebagaimana 1432H telah membawa kita semua ke 1433H, demikianlah juga dunia kita ini akan membawa kita ke akhirat.

Ghazwah Badar yang terhebat

Alhamdulillah, kita berkesempatan meraikan satu peristiwa besar dan penting dalam sejarah islam, iaitu Ghazwah Badar Al-Kubra. Kita dapat bersama-sama berjalan beberapa kilometer petang tadi untuk menghayati bagaimanakah pengorbanan para sahabat berperang pada bulan Ramadhan walaupun ketika Badar para sahabat berperang, sedangkan kita hanya berjalan-jalan. Pada tahun ini kita menyambut kedatangan Read more…