ISMA seru NGO Islam bina kekuatan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyeru kepada semua NGO Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa sama ada Melayu, Cina dan India Muslim untuk sama-sama bersatu padu dalam mempertahankan Islam daripada ancaman musuh Islam. Katanya, untuk mengukuhkan Islam dan memperkasakan ummah, Read more…

TPPA: Jangan sampai mengemis di negara sendiri

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Cadangan supaya Malaysia melonggarkan dasar pemilikan bagi mengekalkan kedudukan negara sebagai satu destinasi pelaburan menarik di Asean perlu diperhalusi dan dan diteliti terlebih dahulu, demikian menurut Encik Aliff Basri, Junior Associate di Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Katanya, dalam hal ini pihak kerajaan perlu lebih berhati-hati dengan Read more…

Pasca PRU13: Bina semula integrasi kaum

BANGI, 9 Mei – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, satu formula baru bagi membina integrasi antara kaum harus diperbahaskan  dan dibina semula kerana ia merupakan antara perkara kritikal dalam politik Malaysia hari ini. Oleh itu katanya, bagi membentuk semula integrasi, perlu adanya kesepakatan parti-parti politik dan juga Read more…

ISMA akan libatkan diri dalam PRU ke-13

BANGI, 2 Feb. – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mengumumkan pendirian ISMA untuk terlibat dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti. Menurut beliau, ISMA akan menghantar calon-calon untuk bertanding di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi dan selari dengan dasar serta tujuan penglibatan politik ISMA. Pendirian ini dinyatakan dalam satu sidang media yang diadakan di sini petang tadi.

Pemilihan calon tentukan kemenangan parti

BANGI – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kejayaan mana-mana parti politik dalam pilihanraya akan datang amat bergantung kepada pemilihan calon yang bersih dan berwibawa. Menurut beliau, imej parti tidak memberikan makna tanpa menampilkan calon yang berwibawa, bersih, berakhlak, beramanah serta cenderung kepada kesahjeteraan kerana tanpa calon sebegini, tidak mungkin menjanjikan sesuatu yang baru kepada rakyat.

ISMA: Amanat Haji Hadi sudah tidak relevan

SHAH ALAM – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membuat pendirian fahaman yang lahir daripada Amanat Haji Hadi terutamanya di luar bandar menjadi faktor penghalang kepada kesepakatan dan perpaduan orang Melayu di negara ini dan ia sudah tidak “relevan.” Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman mendakwa, berlaku perpecahan yang kritikal di kalangan masyarakat Melayu yang masih memegang kukuh fahaman itu.