Bukan Sekadar Dengkur (Bahagian 1)

“Saya kerap mengantuk di waktu pagi, keletihan dan kerap kali tertidur semasa bekerja.” “Takut juga saya, doktor. Sebab kerja saya pun melibatkan mesin-mesin merbahaya.” ujar encik Hasbullah. “Isteri ada beritahu encik berdengkur semasa tidur?” Tanya doktor Zek. “Ada, doktor. Dia kata bukan sekadar dengkur. Kerapkali juga dia lihat saya terhenti Read more…

Jemputan Ke Seminar Fiqh Wanita: Darah Wanita

poster seminar wanita

[ Daftar di sini: http://goo.gl/forms/NSbNfuKLSV ]

Anda hamil 7 minggu dan turun darah. Bolehkah anda solat?

Anda baru mengalami keguguran dan melakukan prosedur Dilation & Curettage (D&C) tetapi darah masih turun selepas 15 hari, adakah ianya darah haid atau istihadah?

Anda telah menopaus 3 tahun dan tiba-tiba darah turun. Normalkah & bagaimana dengan solat?

Anda mengambil suntikan perancang keluarga. Darah haid sedikit dan tidak menentu. Mengapa berlaku & bagaimana dengan tuntutan ibadah?

Anda akan pergi umrah hujung bulan ini dan haid anda dijangka pada masa tersebut. Apa yang patut anda lakukan?

(more…)