ALOR SETAR, 1 Apr – Ketahanan stamina dan fizikal generasi muda ahli-ahli Isma Cawangan Alor Setar diuji dalam ekspedisi mendaki Gunung Keriang, pagi tadi.
Acara yang disertai kira-kira 30 orang peserta dari kalangan lepasan sekolah dan pelajar pembantu perubatan di sini merangkumi pendakian melalui laluan bertangga yang curam hingga ke muka Gua Terus.
Turut sama dalam acara anjuran Pemuda Isma Alor Setar ini ialah Yang Dipertua Isma Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof.
Sebelum ini, ahli-ahli Isma Alor Setar juga diuji ketahanan fizikal dalam acara berjalan kaki sejauh 15 kilometer.
Menurut Ketua Biro Tarbiyah Isma Pusat, Ustaz Mohamad Bin Ismail, ujian sebegini sebenarnya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan generasi para sahabat yang biasa berjalan kaki sejauh puluhan hingga ratusan kilometer terutamanya ketika seruan jihad dilancarkan.
Sebagai NGO dakwah dan pembangunan insan, Isma aktif melaksanakan pelbagai program tarbiah dari segenap aspek untuk semua lapisan masyarakat melalui cawangan-cawangannya di dalam dan luar negara.
0 Comments