JITRA, 25 Julai – Kelab Remaja Isma (KRIM) Cawangan Alor Setar dan Kubang Pasu dan Biro Luar Negara (BLN) Cawangan Kedah hari ini membuka gerai pameran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMJ) bersempena Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut di sini.
Kedua-dua agensi Isma itu berpeluang mempromosi aktiviti dan program yang bakal disampaikan kepada pengunjung yang hadir khususnya para pelajar dan alumni sekolah tersebut.
Turut sama mengambil peluang mengenali KRIM dan BLN ialah guru-guru dari sekolah tersebut dan sekolah sekitar.
0 Comments