JITRA, 17 Januari – Lebih 200 orang lepasan sekolah dari seluruh negeri Kedah hadir ke program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) di Dewan Masjid Asy-Syahab Kepala Batas, Alor Setar, hari ini.
Program anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Alor Setar dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Alor Setar bertujuan memberi pendedahan kepada lepasan SPM, STPM dan STAM 2014 tentang halatuju serta peluang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.
Turut diadakan ialah perkongsian motivasi dan pengalaman menjejak kejayaan dalam akademik oleh saudara Ammar bin Yasier, graduan United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kini berkerjaya sebagai tutor di Universiti Utara Malaysia (UUM).
0 Comments