ISMA Alor Setar terus mengorak langkah mengarus perdanakan agenda dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat setempat.

Sepanjang bulan Februari, ISMA Alor Setar berjaya menganjurkan sekurang-kurangnya 12 program melalui biro-biro dan agensi-agensi di bawahnya.

Pemuda ISMA Alor Setar bersama-sama Kelab Remaja ISMA Alor Setar berjaya menganjurkan Program Ghabat Gunung Keriang pada 22 Februari lalu yang berjaya mengumpulkan kira-kira 20 orang pemuda dan remaja.

Buat julung-julung kalinya Pemuda ISMA Alor Setar berjaya menganjurkan program Ride Santai pada 21 Februari yang menghimpunkan pemuda-pemuda bermotorsikal menjelajah laluan dari Alor Setar ke Baling.

Keseimbangan ruji dan jasmani yang menjadi tunjang program Pemuda juga diterjemahkan melalui Program Subuh Berjemaah dan Larian 7 kilometer pada 28 Februari.

Selain itu, program riadah mingguan futsal dan badminton juga berjaya dilaksanakan pada setiap hari Jumaat atau Sabtu.

Wanita ISMA Alor Setar turut tidak melepaskan peluang mendekati muslimah setempat melalui penganjuran program bual bicara santai “Secangkir Kopi Sejuta Inspirasi” dengan tajuk istimewa “Surat Cinta Untuk Wanita”. Program yang bertempat di “Kopi & Roti’ Coffee Shop ini menampilkan Dr. Murizah Bt Mohd Zain dan Dr. Amirah Bt. Ab Jalil sebagai panelis.

Generasi cilik juga tidak ketinggalan menyertai program NAZIM pada 21 Februari lalu dengan tema “Azam Tahun Baru” di Pejabat ISMA Alor Setar anjuran Biro Keluarga & Masyarakat.

Program Usrah Umum anjuran Biro Dakwah pada 26 Februari yang lalu juga berjaya dianjurkan di Pondok UF dengan topik Survival Melayu.

Klinik Al-Fatihah juga telah dilaksanakan pada 28 Februari di Taman Rekreasi Jubli Emas dan Program Subuh Berjamaah Dan Pengajian Kitab Al-Hikam bersama Tuan Guru Haji Abdul Fisol di Pondok USF pada 7 Februari lalu.

Sertai telegram ISMA Alor Setar untuk mendapatkan info dan hebahan program-program akan datang di https://t.me/ismaalorsetar.

Ayuh sertai ISMA Alor Setar dengan menjadi ahli di isma.org.my/ahli.

Categories: Aktiviti

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.