ALOR SETAR, 23 Mei – Seminar Muliamu Wanita Kerana Islam anjuran Wanita Isma Alor Setar telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Taman Sultan Abdul Halim di sini, tengahari tadi.
Program menampilkan barisan panelis antarnya Ketua Wanita Isma Alor Setar, Dr. Murizah bt Mohd Zain, Pendakwah Isma Alor Setar merangkap anggota jawatankuasa Isma Alor Setar iaitu Ustazah Junainah bt Jaafar serta Puan Rohaizah bt Jantan.
Seminar menyentuh hal-hal berkaitan wanita termasuk kedudukan wanita di sisi Islam, peranan wanita sebagai isteri dan ibu serta kesihatan wanita.
0 Comments